Ads Top

Hasrat Bertemu Anak-Anak Tidak Kesampaian… Sajat Tak Lepas Masuk Singapura, Terpaksa Dihantar Pulang Semula Ke Australia

Hasrat usahawan selebriti sensasi, Sajat untuk bertemu dan melepaskan rindu terhadap kedua-dua anak angkatnya tidak kesampaian apabila tidak dibenarkan masuk ke Singapura.

Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, dia yang tiba di negara tersebut tidak dibenarkan masuk dan dihantar semula pulang ke Australia.

“Ummi dah buat yang terbaik untuk kita berjumpa… Ummi datang jauh-jauh untuk jumpa anak-anak ummi akur keputusan… maafkan ummi sayang.

“Ini je peluang yang immi jumpa anak ummi… maafkan ummi sayang. Ummi kena hantar balik ke Australia, i’m really sorry,” luahnya.

Sebelum ini, Sajat difahamkan akan datang ke Singapura atas urusan perniagaan dan kesempatan itu juga digunakan untuk dengan anak-anaknya.

Mengikut informasi yang dikongsi, Sajat sepatutnya berada di Singapura pada 16 hingga 18 September untuk menghadiri ekspo The Wedding Asia 2022.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh Diva AA menerusi perbualan dengan seorang individu, Sajat telah ditahan di kastam Singapura.

“Salam Diva AA, Sajat kena tahan kat kastam Singapore. Tak lepas. Kena hantar balik Australia. Mungkin event tahun depan ni dia tak join,” ujar individu berkenaan. – KopiPlanet.com

The post Hasrat Bertemu Anak-Anak Tidak Kesampaian… Sajat Tak Lepas Masuk Singapura, Terpaksa Dihantar Pulang Semula Ke Australia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.