Ads Top

Jaclyn Victor Dominasi Minggu Pertama GV9, Bersaing Hebat Dengan Shila Amzah & Tomok

Saingan Gegar Vaganza 9 (GV9) untuk minggu pertama menyaksikan tiada sebarang penyingkiran dilakukan untuk kesemua 13 peserta yang bertanding.

Untuk minggu pertama, peserta iaitu penyanyi Jaclyn Victor yang mendendangkan lagu Di Bawah Pohon Asmara dan Gemilang muncul juara.

Mengekori rapat di tangga kedua pula ada Shila Amzah yang mempersembahkan lagu Memori Tercipta, manakala Tomok pula berada di tangga ketiga menerusi persembahan lagu Meraung dan Sejarah Mungkin Berulang.

Sementara itu, peserta kelahiran Singapura iaitu Hazrul Nizam yang mempersembahkan lagunya sendiri iaitu Kaulah Segalanya berada di kedudukan terakhir.

Bagaimanapun, Hazrul masih berpeluang untuk terus beraksi di minggu kedua memandangkan tiada penyingkiran untuk minggu ini.

GV9 menampilkan tiga orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, manakala Rahimah Rahim bertindak selaku juri jemputan. – KopiPlanet.com

*Senarai Lagu Minggu Kedua (Malar Segar) & Jumlah Markah

1. Gerimis Mengundang – Jaclyn Victor (88.40 peratus)

2. Getaran Cinta Di Jiwa – Shila Amzah (85.00 peratus)

3. Janji Padamu – Tomok (84.10 peratus)

4. Ku Teruskan – Dina Nadzir (83.80 peratus)

5. Kepulangan – Bob Yusof (83.60 peratus)

6. Izinkan Selamanya Namamu Di Hati – Roy Kapilla (70.60 peratus)

7. Makhluk Tuhan Paling Seksi – Pat Candy (68.40 peratus)

8. Kasih Berubah – VE (67.10 peratus)

9. Di Sebalik Sejuta Wajah – Haida Hasnan (65.70 peratus)

10. Suara Cinta – Fuad Rahman (63.70 peratus)

11. Kemaafan Dendam Yang Terindah – Tom (61.50 peratus)

12. Percayakan Siti – Asheed Def Gab C (61.20 peratus)

13. Untukmu Ibu – Hazrul Nizam (56.20 peratus)

The post Jaclyn Victor Dominasi Minggu Pertama GV9, Bersaing Hebat Dengan Shila Amzah & Tomok appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.