“Kak Ema Dah Move On…” Raja Ema Mengaku Dia Tidak Ingat Tarikh Tentang Tarikh Perkahwinan & Penceraian Dengan Bekas Suami
Penyanyi dan pelakon popular, Raja Ema mengakui dirinya sudah tidak lagi mengingati tentang tarikh perkahwinan antara dia dan bekas suami.
Raja Ema berkata, ia adalah sesuatu yang tidak perlu lagi untuk diingati kerana ia sudah menjadi sejarah lampau dalam kehidupannya.
“Memang Kak Ema tak ingat… Kak Ema memang tak pernah ingat bila berkahwin dan bercerai.
“Semua memang Kak Ema tak ingat. Kak Ema dah move on…,” ujarnya ketika ditanya bila tarikh yang tepat waktu penceraiannya.
Mengikut laman web wikipedia, anak kepada arwah Yusni Jaafar itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Sheqal pada tahun 1993.
Namun begitu, tempoh perkahwinan mereka tidak lama apabila bercerai pada 1999 dan sepanjang hidup bersama, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putera Ammar dan Putera Ihsan.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia tidak terfikir untuk mencari teman hidup setelah lama bergelar ibu tunggal, Raja Ema menyatakan dia lebih selesa menjalani kehidupan sebegini bersama anak-anak.
“Nak kata serik tu tidak… cuma Kak Ema rasa mungkin rezeki untuk berkahwin lagi. Umur saya pun dah 54 tahun, anak-anak pun dah besar.
“Yang cuba mendekati tu memang ada, tetapi bila dah lama macam ni Kak Ema dah rasa selesa bersendirian sehinggakan ada juga rasa takut bila fikir pasal perkahwinan,” jelasnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai projek terbaharunya, Raja Ema memberitahu dia sedang menyiapkan rakaman program hiburan muzik Salam Dari Maya.
Ujarnya, dalam program berkenaan yang disiarkan di saluran YouTube, dia bergandingan dengan seorang lagi penyanyi iaitu Amy Mastura.
“Dalam program ini, saya menyanyikan tiga buah lagu seperti Angan-Angan, Jejaka Idaman dan Semakin Hari Semakin Sayang serta sebuah lagu duet bersama Amy iaitu Joget Penghibur,” ujarnya.
Program Salam Dari Maya akan ditayangkan sebanyak lima episod di saluran YouTube Mac Training Centre setiap Jumaat mulai 30 September pada pukul 9.30 malam. – KopiPlanet.com
The post “Kak Ema Dah Move On…” Raja Ema Mengaku Dia Tidak Ingat Tarikh Tentang Tarikh Perkahwinan & Penceraian Dengan Bekas Suami appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: