Ads Top

RIM Umum Barisan Penyampai Anugerah Persembahan Artis… Sherry Alhadad, Awal Ashaari & Azad Jazmin Jadi Hos Bersama

Mari bersedia untuk persembahan yang menakjubkan kerana Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah mengumumkan barisan penyampai dan persembahan  artis hari ini untuk edisi ke-23 rancangan anugerah industri muzik paling berprestij negara, ‘Anugerah  Industri Muzik’ (AIM). 

Dengan tema ‘Glam & Sophisticated’, AIM23 bersedia untuk menawan, menghiburkan dan  mempesonakan dengan barisan artis baru dan bernama yang mapan dan menakjubkan termasuk Dato’  Sri Siti Nurhaliza, Hafiz Suip, Ernie Zakri, Amir Masdi, Insomniacks, Naufal dan Nuha dan Vanessa  Reynauld. Penyanyi popular Indonesia, Keisya Levronka juga akan menerangi pentas untuk  menggembirakan peminat Malaysianya. Persembahan mendesis yang akan merangkumi pelbagai genre  muzik termasuk pop, rock, dance dan balada akan memastikan penonton terpaku pada skrin sepanjang  siaran langsung yang dijangkakan selama 3 jam. Penonton juga akan dapat menyaksikan ketibaan glamor  oleh pelbagai artis yang menghiasi acara di siaran langsung ‘Karpet Merah’ sebelum pertunjukan langsung. 

“Selepas sekian lama menyepi, AIM kembali untuk mengiburkan peminat muzik Malaysia dengan  persembahan muzik secara langsung yang diharapkan daripada AIM oleh penonton. Kami berusaha untuk  terus mempamerkan bakat, lagu dan persembahan secara langsung terbaik untuk meningkatkan kualiti  persembahan anugerah ini.” kata Rosmin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM23 dan RIM. 

“Jawatankuasa penganjur AIM bersama Astro sebagai penyiar rasmi telah menilai dengan teliti dan  memilih barisan persembahan artis dan penyampai tahun ini bagi memastikan penonton terhibur  sepenuhnya”, tambahnya. 

Personaliti TV popular, Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Azad Jazmin akan dihimpunkan sebagai hos  bersama acara utama itu. Trio yang dinamik dan menghiburkan ini pastinya akan menyuntik jenaka lucu  supaya penonton tidak kering gusi, sekaligus menghidupkan suasana persembahan anugerah yang  bergemerlapan ini. Merakam temu bual artis glamor di ‘Karpet Merah’ secara langsung adalah tidak lain  daripada Keanu Azman yang sentiasa berkarisma dari kemasyhuran Hitz and hlive! Dan juga jelitawan Isha Norsham dari ERA.

Dato’ M. Nasir, Ziana Zain, Khai Bahar, Wany Hasrita, Jaclyn Victor dan Dato’ Adi Putra adalah antara  penyampai yang popular untuk malam gemilang anugerah tersebut. 

“Ini adalah kelebihan kami dan Astro memastikan hiburan terbaik akan dipersembahkan pada salah satu  malam acara muzik terbesar. Berulang kali, kami telah mempersembahkan hiburan terbaik terutamanya  rancangan LIVE termasuk Gegar Vaganza, Big Stage dan Anugerah MeleTop Era. Setiap tahun, setiap acara;  kami akan meningkatkan penanda aras apakah “standard” untuk rancangan LIVE termasuk persembahan  anugerah. Anugerah Industri Muzik ke-23 adalah satu lagi contoh di mana Astro akan mempamerkannya  dengan persembahan hebat daripada penyanyi-penyanyi terkenal tanah air, vokal yang mantap dan darah  baru yang telah memberi kesan besar sejak beberapa tahun lalu,” kata Norzeha Mohd Salleh, Ketua  Saluran Astro Ria, Prima dan Warna. 

“Kami menghimpunkan vokal “power” seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Ella, Nikki Palikat dan  Aina Abdul dalam satu malam, di pentas yang sama. 

Kami juga mempunyai penyanyi yang baru dan berbakat yang akan membawa suasana bertenaga pada  malam itu termasuk De Fam, Janna Nick dan Vanessa Reynauld. Keseimbangan bakat luar biasa antara  yang baru dan semasa menunjukkan bagaimana industri kami meningkat dan bersatu sebagai satu,”  tambahnya. 

“Sementara itu, malam anugerah akan bersinar dengan penyampai yang luar biasa kerana kita sering  mengatakan bahawa bintang akan bersinar terang pada malam glamor seperti AIM23 termasuk Dato’ M.  Nasir, Ziana Zain, Dato’ Adi Putra, Syamsul Yusof dan ramai lagi. Kami sememangnya berbesar hati untuk  menjadi sebahagian daripada acara ini dan kami akan meneruskan sokongan kami terhadap persada  muzik tempatan dengan menjadi platform untuk mereka menyinar,” kata Norzeha. 

The AIM23 awards show will be held on Sunday, 11 September 2022 at Auditorium MBSA, Shah Alam  with the LIVE telecast of ‘Karpet Merah’ at 8.30 pm leading up to the AIM23 LIVE telecast at 9.00 pm  exclusively on Astro RIA and Astro RIA HD (Channel 104), the official channel broadcaster for AIM23 and  supported by the official radio partner, Astro Radio

Rancangan anugerah AIM23 akan diadakan pada hari Ahad, 11 September 2022 di Auditorium MBSA,  Shah Alam bermula dengan siaran LANGSUNG ‘Karpet Merah’ pada jam 8.30 malam, diikuti dengan siaran LIVE AIM23 pada jam 9.00 malam, secara eksklusif di Astro RIA dan Astro RIA HD ( Saluran 104),  penyiar saluran rasmi untuk AIM23 dan disokong oleh rakan radio rasmi, Astro Radio.  – KopiPlanet.com

The post RIM Umum Barisan Penyampai Anugerah Persembahan Artis… Sherry Alhadad, Awal Ashaari & Azad Jazmin Jadi Hos Bersama appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.