Ads Top

Ikmal Amry Takut Pandu Kereta, Alami Anxiety Lepas Terbabit Insiden Kemalangan

Pelakon popular, Ikmal Amry menyatakan dirinya kini mengalami anxiety dan takut untuk memandu kereta setelah terbabit dalam satu kemalangan baru-baru ini.

Ikmal berkata, antara kesan anxiety yang dialaminya apabila berhadapan dengan orang ramai serta masih teringat-ingat insiden yang berlaku.

“Masa terjadi insiden hari tu kami di kelilingi ramai orang di tempat kejadian dan itu yang buat saya anxiety, tetapi saya okey sahaja sekarang.

“Cuma yang lebih memberi kesan adalah isteri, sampaikan dia tak boleh dengar bunyi yang kuat-kuat. Masa tidur pun dia akan tiba-tiba tengok keadaan anak,” ujarnya.

Pelakon berkenaan berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pratonton filem Rasuk yang berlangsung pada Selasa lalu.

Sebelum ini, pelakon berkenaan bersama isteri dan anaknya terbabit dalam satu kemalangan di lebuhraya PLUS ketika dalam perjalanan ke Melaka.

Menurut Ikmal, selepas kejadian kemalangan itu, dia bersama isteri dan anaknya ada membuat pemeriksaan di hospital dan bersyukur apabila mereka tidak mengalami sebarang kejadian yang teruk.

Dalam pada itu, pelakon itu juga menyatakan setakat ini dia takut untuk memandu kereta dan akan meminta pembantu peribadinya untuk memandu.

“Buat masa ini saya belum berani untuk memandu dan akan meminta pertolongan PA kalau nak ke mana-mana. Cuma saya harap keadaan ini tak lama supaya akan lebih memudahkan urusan saya,” ujarnya.

Bercerita mengenai projek terbaharunya, Ikmal memberitahu dia akan tampil dengan filem terbaharunya iaitu Rasuk yang akan ditayangkan di pawagam pada 29 September ini.

“Untuk filem ini, saya membawakan watak seorang pelajar bernama Adli yang telah bertukar menjadi Zombie setelah dirasuk.

“Apabila membaca sinopsis cerita, ia mudah untuk difahami dan untuk yang membuat saya tertarik berlakon dalam filem ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Ikmal Amry Takut Pandu Kereta, Alami Anxiety Lepas Terbabit Insiden Kemalangan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.