Ads Top

Pelakon Lelaki Popular Mabuk Dalam Kelab Malam, Siap Cium Mulut Dengan Kekasih Orang Lain

Baru-baru ini, telah tersebar klip video berdurasi 15 saat yang menunjukkan seorang pelakon lelaki popular yang kelihatan mabuk dalam sebuah kelab malam.

Apa yang lebih mencuri tumpuan, menerusi video berkenaan juga memaparkan pelakon tersebut asyik bercium mulut dengan seorang gadis.

Difahamkan, menerusi Twitter, seorang lelaki mendakwa bahawa gadis yang berciuman dengan pelakon itu adalah kekasihnya.

Selain itu, lelaki tersebut yang menyaksikan aksi berkenaan di hadapan matanya sendiri turut mengakui kekasihnya itu memang sengaja mahu mencari populariti.

Malah, dia turut menyatakan sekali nama akaun Twitter kekasihnya itu agar netizen mengikutinya agar hasrat gadis tersebut untuk popular tercapai.

Sebelum ini, pelakon lelaki berkenaan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelakon wanita seksi, namun difahamkan hubungan mereka kini sudah berakhir. – KopiPlanet.com

The post Pelakon Lelaki Popular Mabuk Dalam Kelab Malam, Siap Cium Mulut Dengan Kekasih Orang Lain appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.