Ads Top

Sukses Di Indonesia, Filem Aksi Heist Mencuri Raden Saleh Kini Bakal Temui Penonton Malaysia

Setelah mendapat sambutan hangat dengan jumlah penonton sebanyak 2.2 juta, filem aksi heist dari Indonesia akhirnya bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 22 Septemberi ini.

Pengarahnya, Angga Dwimas Sasongko berkata, antara intipati utama filem berkenaan sukses kerana menyajikan sebuah cerita yang lebih segar kepada penonton.

“Secara jujurnya saya gembira kerana filem ini mendapat sambutan dengan mencatat jumlah penonton yang tinggi di Indonesia setelah melalui proses selama tiga tahun untuk menyiapkannya.

“Pada saya kekuatan filem ini adalah jalan cerita yang segar dan sarat dengan babak aksi yang cukup mendebarkan penonton serta turut mengetengahkan kisah golongan gen-Z,” ujarnya.

Mencuri Raden Saleh mengisahkan tentang tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) bergabung dan merancang untuk mencuri sebuah lukisan pelukis terkenal iaitu Raden Saleh atas arahan seorang yang berpengaruh dan berkuasa.

Namun, misi mereka dikhianati dan mereka menjadi buruan polis. Justeru, mereka nekad untuk membalas dendam dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan nama baik mereka.

Lebih menarik, filem terbitan Visinema Pictures, Jagartha dan Blibli dengan kerjasama Astro Shaw ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Iqbaal Ramadhan, Angga Yunanda, Aghniny Haque, Rachel Amanda, Umay Shahab dan Ari Irham.

Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya berbesar hati dengan kerjasama yang terjalin dengan pihat penerbit tersebut.

“Sudah pastinya kami cukup teruja dengan kerjasama ini, apatah lagi filem Mencuri Raden Saleh ini diarahkan oleh seorang pengarah hebat seperti Angga.

“Selain itu, jalan cerita dan genre yang ditampilkan filem ini memang menepati citarasa penonton dan percaya filem ini mampu mendapat sambutan di Malaysia,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Sukses Di Indonesia, Filem Aksi Heist Mencuri Raden Saleh Kini Bakal Temui Penonton Malaysia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.