Ads Top

Anak Rimau Paparan Kisah Realiti Kehidupan Atlet Remaja Sukan Bola Sepak, Angkat Semangat Perjuangan

Tajuk: Anak Rimau The Movie
Tarikh Tayangan: 1 September 2022
Genre: Sukan
Pengarah: Areel Abu Bakar
Pelakon: Beto Kusyairy, Adam Corrie, Idan Aedan

Sukan bola sepak merupakan sukan yang paling popular di dunia, malah di Malaysia sendiri sukan ini begitu menjadi kegilaan ramai.

Ternyata, idea Keeklr Films Sdn Bhd untuk menerbitkan sebuah filem yang berlatarkan kisah mengenai bola sepak merupakan satu pendekatan yang baik.

Tidak tertumpu 100 peratus pada aksi di atas padang, filem ini memaparkan realiti tentang atlet remaja yang mengejar impian untuk menjadi pemain bola sepak yang hebat.

Anak Rimau The Movie berkisar tentang sekumpulan anak muda berbakat tinggi dalam dunia bola sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum ketika menyertai Akademi Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy).

Mereka terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sebagai individu dan berpasukan ketika menghadapi fasa baru dalam dunia bola sepak.

Sesuatu yang menarik tentang filem ini apabila ia mengangkat semangat dan perjuangan generasi baharu dalam mengejar impian sebagai pemain bola sepak.

Selain itu, turut dipaparkan tentang karenah birokrasi dalam akademi yang sememangnya situasi yang benar-benar berlaku.

Mengenai lakonan pula, Beto Kusyairy yang memegang peranan Coach Zainal Abidin memang tidak perlu disangkal lagi apabila membawakan watak seorang jurulatih dengan sangat baik.

Malah, rata-rata pelakon remaja yang turut beraksi dalam filem ini juga wajar mendapat pujian kerana kebanyakan mereka adalah terdiri daripada pemain bola sepak.

Secara keseluruhannya, ia adalah sebuah filem yang sangat berbaloi untuk ditonton dengan jalan cerita yang cukup mantap. – KopiPlanet.com

The post Anak Rimau Paparan Kisah Realiti Kehidupan Atlet Remaja Sukan Bola Sepak, Angkat Semangat Perjuangan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.