Ads Top

Insiden Cium Di Indonesia… Meerqeen Mohon Maaf, Ambil Pendekatan Lebih Berhati-Hati

Setelah agak lama berdiam diri, pelakon popular Meerqeen akhirnya tampil membuat permohonan maaf berhubung aksi cium bersama seorang wanita yang terjadi di Indonesia.

Merqeen berkata, buat masa ini dia tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang perkara berkenaan dan akan memberikan penjelasan mengenainya nanti.

“Apa yang boleh saya katakan, saya memohon maaf kepada semua terutama sekali peminat tentang kejadian berkenaan.

“Kejadian yang berlaku itu ternyata memberikan pengajaran buat diri saya untuk mengambil pendekatan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Sebelum ini, pelakon yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus itu dikecam peminat apabila video dirinya saling berbalas ciuman dengan seorang pelawak Indonesia menjadi viral.

Sementara itu, ketika ditanya tentang dirinya yang dikatakan sukar untuk memberikan kerjasama, Meerqeen sebaliknya menafikan perkara berkenaan.

Jelasnya, sibuk dengan kerjaya serta mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada lakonan membuatkan dia kadang-kadang sukar untuk membalas sebarang pertanyaan.

“Bukan susah nak beri kerjasama, tapi kalau saya sibuk dengan sesebuah lakonan itu, saya akan berikan tumpuan sepenuhnya terhadap karakter yang diberikan.

“Kalau saya tak berikan tumpuan sepenuhnya hingga mengganggu lakonan, akhirnya pasti saya yang akan kena. Jika ada perkara lain, memang pengurusan saya yang akan uruskan dan saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelakon,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Insiden Cium Di Indonesia… Meerqeen Mohon Maaf, Ambil Pendekatan Lebih Berhati-Hati appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.