Ads Top

Nad Zainal & Suami Sah Bercerai, Ikatan Perkahwinan Hanya Mampu Bertahan Selama Tujuh Tahun

Setelah dilihat tidak lagi memuatnaik foto bersama suami, Muhammad Faliq Amiruddin, akhirnya pelakon popular Nad Zainal mengumumkan dia dan suami sudah pun berpisah.

Menerusi laporan Berita Harian Online, Nad bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh sebenar dia dan Faliq tidak lagi bergelar pasangan suami isteri.

“Kami sudah bercerai baru-baru ini dan keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat kami berdua. 

“Ketika ini kami masih berkawan baik demi anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, ketika diajukan soalan mengenai punca penceraian mereka, Nad mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenainya.

“Buat masa ini cukup dikongsi status terkini. Saya perlu menjelaskannya agar tidak mengundang sebarang fitnah.

“Paling utama, saya harus kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua cahaya mata serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal,” katanya.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Berita Harian Online

The post Nad Zainal & Suami Sah Bercerai, Ikatan Perkahwinan Hanya Mampu Bertahan Selama Tujuh Tahun appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.