Ads Top

Faizal Ismail @ FBI Kembali Ke Konti Radio, Kini Sertai ZAYAN Bergandingan Bersama Mawi & Anas Tahir

Setelah meninggalkan seketika dunia penyiaran radio, Faizal Ismail atau FBI kini kembali ke konti apabila menyertai radio ZAYAN dengan bergandingan bersama Mawi dan Anas Tahir.

Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh Pengurus Kandungan ZAYAN, Wan Syahrul Amry dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.

“Kami mengalu-alukan kedatangan Faizal Ismail ke dalam keluarga ZAYAN, untuk berganding bersama Mawi dan Anas di ZAYAN Pagi.

“Dengan pengalaman yang dibawa oleh Faizal, peminat- peminat ZAYAN boleh terus menikmati segmen-segmen menarik termasuk ‘Sahabat ZAYAN Pagi’, di mana peminat diberi peluang untuk bertanya sebarang persoalan dan meluahkan perkara yang terbuku di hati untuk mendapatkan pandangan dan ulasan daripada Mawi, Anas dan Faizal Ismail,” jelasnya.

Ujarnya, pihaknya juga berterima kasih kepada semua peminat ZAYAN atas sokongan mereka dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan terkini yang dekat di hati mereka.

Menerusi segmen ‘ZAYAN Pagi’, menceriakan waktu pagi para peminat bermula hari ini (29 Ogos), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi di ZAYAN.

Peminat juga boleh strim ZAYAN dan mendengarkan ZAYAN Pagi bersama Mawi, Anas dan Faizal Ismail menerusi aplikasi SYOK. – KopiPlanet.com

The post Faizal Ismail @ FBI Kembali Ke Konti Radio, Kini Sertai ZAYAN Bergandingan Bersama Mawi & Anas Tahir appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.