Ads Top

“Orang Macam Ni Elok Mampus Je…” Dikecam Dengan Kata-Kata Kesat, Elyana Doakan Netizen Yang Menghinanya Panjang Umur

Semenjak dilihat tidak lagi tampil bertudung, pelbagai reaksi yang telah diterima oleh penyanyi popular Elyana yang sebelum sudah sembuh daripada penyakit kanser.

Yang terbaharu, Elyana telah barkongsi satu komen yang dilemparkan terhadapnya dengan menghamburkan kata-kata kesat.

“Orang macam ni elok mampus je tak tahu bersyukur Allah dan bagi sambung nyawa…

“Tak payahlah nak agung-agungkan minah ni,” komen seorang netizen yang menggunakan nama @sha46gp.

Tidak terlalu cepat melatah dengan kata-kata kesat berkenaan, sebaliknya Elyana mendoakan agar netizen berkenaan agar panjang umur.

“Semoga awak dipanjangkan umur… dijauhkan dari segala penyakit, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat…,” ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat menyelar komen yang dibuat netizen berkenaan dan memberikan sokongan serta meminta agar Elyana agar bersabar. – KopiPlanet.com

The post “Orang Macam Ni Elok Mampus Je…” Dikecam Dengan Kata-Kata Kesat, Elyana Doakan Netizen Yang Menghinanya Panjang Umur appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.