Lebih 400 Pokok Durian Musang King Mati, Aliff Syukri Tetap Gembira & Anggap Ia Satu Pengalaman
Selain menceburi bidang perniagaan kosmetik, umum mengetahui tentang penglibatan Datuk Seri Aliff Syukri yang terbabit dalam bidang pertanian menerusi perusahaan durian musang king.
Menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, Aliff memaklumkan lebih 400 pokok durian musang king yang ditanamnya mati.
“Kini durian saya dah 5 bulan.. syukur walapun lebih 400 pokok durian saya mati tapi saya happy sangat.. sebab ini semua pengalaman.. menjadikan saya lebih matang menajdi petani..
“Dulu saya tak faham.. kenapa buah durian musang king ini mahal sgt?? Tapi bila saya dah tanam pokok ni baru tau,” tulisnya.
Ujar Aliff, dia mengakui bukan mudah untuk menjaga pokok durian dan dia turut berhadapan dengan pelbagai masalah.
“Bukan senang nak jaga pokok durian ni Ada 1001 masalah.. Ya Allah kau kuatkanlah aku untuk menjadi seorang petani durian musang king berjaya walaupun banyak dugaan dan cabaran tetap saya tempuhi demi impian di hari tua,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Lebih 400 Pokok Durian Musang King Mati, Aliff Syukri Tetap Gembira & Anggap Ia Satu Pengalaman appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: