Harith Iskander Persoal Tindakan Sebuah Sekolah Arah Tutup Kantin, Larang Pelajar Bawa Botol Air Sepanjang Ramadan
Pelawak terkenal, Harith Iskander mempersoalkan tidakan sebuah sekolah yang mengarahkan kantin ditutup dan pelajar dilarang membawa botol air secara terang-terangan ke sekolah sepanjang Ramadan.
Menerusi satu kenyataan yang ditulis di Instagram miliknya, Harith menyatakan semasa dia bersekolah dahulu tiada masalah buat dirinya jika ada rakan bukan yang pergi ke kantin.
“Waktu saya sekolah dulu, (SMK St Johns) yang puasa tahu ada member yang tak puasa (lain Agama) tapi kami faham je. Relax je.
“Yang tak puasa tahu ada yang puasa, lagi dia orang secara automatic respek kita (tak payah paksa)… waktu time recess dia orang pergi kantin – tak da hal bagi kita,” ujarnya.
Sebelum ini, terdapat sebuah sekolah rendah yang telah mengarahkan kantin ditutup dan pelajar tidak dibenarkan membawa botol air secara terang-terangan serta meminta pelajar yang tidak berpuasa agar bersarapan terlebih dahulu di rumah.
Arahan berkenaan dikeluarkan dengan alasan untuk melatih pelajar supaya berpuasa dan juga menghormati orang yang berpuasa.
Ujar Harith, tindakan yang dilakukan seperti sekolah tersebut boleh membuatkan pelajar yang tidak berpuasa rasa ‘takut’ dan ‘serba salah berdepan dengan rakan yang berpuasa.
“Yang saya nak tahu: bila dan tahun berapa semua ni bertukar sampai sekolah kena paksa undang-undang macam ni? Yang menyebabkan budak2 yang tak puasa rasa “takut” atau “serba salah” berdepan dengan rakan-rakan yang berpuasa.
“Yang puasa pulak malu berdepan dengan kawan-kawan mereka yang tak puasa sebab mereka tak dibenarkan buat macam biasa. End of the day – what are we teaching our children?” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Harith Iskander Persoal Tindakan Sebuah Sekolah Arah Tutup Kantin, Larang Pelajar Bawa Botol Air Sepanjang Ramadan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: