Ads Top

Wanita ‘Jatuh Cinta’ Dengan Kapal Terbang Mainan, Anggap Objek Diberi Nama Luffancs Sebagai Kekasih

Seorang wanita dari Budapest secara tidak sengaja jatuh cinta dengan sebuah pesawat mainan yang dibelinya secara dalam talian.

Sandra, 28, dilaporkan memilih kapal terbang mainan sebagai kekasih dan menganggap objek tersebut sebagai kekasih paling ideal untuknya.

Dia juga melayan mainan tersebut persis seorang kekasih dengan memberikan ciuman selamat pagi dan malam setiap hari.

Hubungan mereka mula terjalin apabila dia menghabiskan kira-kira RM3,315 membeli mainan yang dinamakan Luffancs.

“Saya tidak tahu mengapa, saya cuma cintakannya. Luffancs adalah cinta sejati saya dan kami akan bersama selamanya,” katanya.

Pada dasarnya, Sandra memang mempunyai minat yang mendalam terhadap pesawat dan dia semakin jatuh cinta dengannya setelah gagal dalam percintaan sebelum ini.

Wanita itu mendapati pesawat mainan lebih setia berbanding manusia dan mengambil keputusan menjalin hubungan dengan barangan itu.

“Saya tidak pasti adakah saya akan kembali bercinta dengan manusia, mungkin tidak,” katanya yang dipetik media antarabangsa. – KopiPlanet.com

The post Wanita ‘Jatuh Cinta’ Dengan Kapal Terbang Mainan, Anggap Objek Diberi Nama Luffancs Sebagai Kekasih appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.