Ads Top

“I lost my baby…” – Bayi Dalam Kandungan Shima Anuar Terpaksa Dikeluarkan Kerana Mengandung Luar Rahim

Pelakon popular, Shima Anuar reda apabila hasrat untuk mendapat cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila bayi dalam kandungannya terpaksa dikeluarkan.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Shima yang hamil tiga bulan menyatakan ia terpaksa lakukan kerana mengandung luar rahim.

“It was so painful. Still in the ICU. I lost blood during surgery yesterday. And i lost my baby too because of ectopic pregnancy.

“Terima kasih terlalu ramai yg mendoakan sy. I’ll be fine Inshaallah. I’m a tough cookie remember?,” tulisnya.

Pada bulan lalu, pelakon berkenaan yang mengumumkan hamil anak ketiga memberitahu dia menolak semua tawaran berlakon untuk berehat dan menjaga keselamatan bayi yang dikandungnya.

Pelakon berkenaan sebelum ini sudah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Iman, 2, hasil perkahwinan dengan ahli perniacaan Mohd Solih Toha pada April 2017. – KopiPlanet.com

The post “I lost my baby…” – Bayi Dalam Kandungan Shima Anuar Terpaksa Dikeluarkan Kerana Mengandung Luar Rahim appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.