Ads Top

Lagu Pelukan Angkasa Dinobat Sebagai Juara AJL36, Bawa Pulang Hadiah Lumayan RM100,000

Debaran acara kemuncak Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) berakhir apabila lagu Pelukan Angkasa yang dipersembahkan oleh SOG dan Shila Hamzah telah dinobatkan sebagai juara.

Ternyata lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan (komposer) dan Fazleena Hishamuddin (lirik) itu berjaya menewaskan 11 buah lagu lain, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Berada di kedudukan naib juara pula adalah lagu ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik iaitu Cinta yang dinyanyikan Marsha Milan manakala tempat ketiga pula menjadi milik lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli.

Untuk pemenang naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi dan tempat ketiga pula meraih hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Bagi kategori Vokal Terbaik pula menjadi milik Aina Abdul (Sepi), manakala Persembahan Terbaik dimenangi oleh Marsha Milan menerusi lagu Cinta.

Pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000, manakala Vokal Terbaik pula memenangi RM12,000 dan trofi.

Setiap lagu yang dipertandingkan di pentas akhir AJL36 dinilai oleh sepuluh juri profesional tanah air yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.

Selain itu, turut berada di kerusi juri adalah LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan. – KopiPlanet.com

*Senarai Keputusan Pemenang AJL 36

  • Juara –
  • Naib Juara – Cinta (Marsha Milan)
  • Ketiga – Mimpi (Haqiem Rusli)
  • Vokal Terbaik – Aina Abdul (Sepi)
  • Persembahan Terbaik – Marsha Milan (Cinta)
  • Penyanyi Pilihan Popular AJL36 – Aina Abdul & Khai Bahar

The post Lagu Pelukan Angkasa Dinobat Sebagai Juara AJL36, Bawa Pulang Hadiah Lumayan RM100,000 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.