Ads Top

Truskin Trio Happyness Edition Berjaya Terjual Sebanyak 50,000 Set Dalam Tempoh Lima Minit

Trulooks Global Group Sdn. Bhd. (Trulooks) pengeluar produk penjagaan kecantikan berjenama Truskin dan juga produk kosmetik, mencipta kejayaan tersendiri apabila produk terbaharunya, Truskin Trio Happyness Edition telah terjual sebanyak 50,000 set dalam masa lima minit sahaja.

Ternyata jualan tersebut diterima daripada para pengedarnya yang hadir pada majlis pelancaran dan juga penyampaian CEO BOSS Entrepreneur Award 2022 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Trulooks, Julia Lah berkata, pek produk edisi terhad itu sememangnya dinantikan oleh para pengedarnya yang kini telah mencecah lebih daripada 2,000 orang di seluruh negara kerana harganya yang cukup istimewa iaitu RM90 sahaja yang terdiri daripada micellar cleanser, TryMe mosturizer dan essence toner hadiah percuma istimewa iaitu lip tint.

“Kami telah mengeluarkan pek Truskin Trio Happyness Edition sebanyak 150,000 unit yang terdiri daripada 50,000 set.

“Jualan yang diterima sangat menggalakkan kerana ramai pengedar memang menantikan tawaran hebat ini kerana ia tawaran tersebut tidak akan diulang lagi pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian anugerah tersebut yang turut dihadiri oleh Pengarah Trulooks, Dr. Adibah Abd. Bari bersama artis, Aina Abdul.

Dalam pada itu, syarikat berkenaan menyambung kerjasamanya dengan Aina yang kini memasuki tahun ketiga, di mana ia akan membolehkan wajah penyanyi tersebut terpampang di papan iklan besar di beberapa lokasi utama termasuk di lebuh raya di Malaysia.

Mengulas lanjut, Julia menjelaskan, ketika negara berdepan dengan krisis kesihatan yang diancam pandemik COVID-19, pertumbuhan jualan syarikat telah mencecah sebanyak 600 peratus.

Ini kerana tumpuan masyarakat terhadap pembelian secara online yang meledak tinggi dan juga komitmen pengedarnya yang begitu aktif mempromosi serta menjual produk Truskin.

“Kami mengunjurkan jumlah pengedar juga akan bertambah kepada 5,000 orang pada tahun ini,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Truskin Trio Happyness Edition Berjaya Terjual Sebanyak 50,000 Set Dalam Tempoh Lima Minit appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.