Ads Top

Dikecam Hebat Gara-Gara Video ‘Babak Panas’, Zul Ariffin Akhirnya Buat Permohonan Maaf

Setelah mendapat kecaman hebat netizen sejak beberapa hari lalu, akhirnya pelakon popular Zul Ariffin membuat permohonan maaf.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu perkongsian di akaun Insta Story miliknya.

“Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua respons dari banyak pihak berkenaan video yang dipaparkan sebelum ini.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan,” tulisnya.

Beberapa hari lalu, nama pelakon berkenaan menjadi viral gara-gara berkongsi video ‘babak panas’ bersama pelakon Siti Hariesa, di mana kedua-duanya berlakon untuk drama bersiri Perempuan Itu.

Selain menerima kecaman hebat netizen, perkara tersebut juga turut mendapat perhatian menteri yang memandang serius mengenai perkara berkenaan.

Pada masa sama, Zul juga memaklumkan dia akan lebih berhati-hati dan meneliti terlebih dahulu sebarang video sebelum memuat naik di media sosial.

“Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik cebaran bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Dikecam Hebat Gara-Gara Video ‘Babak Panas’, Zul Ariffin Akhirnya Buat Permohonan Maaf appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.