Ads Top

Shila Amzah Akhirnya Mohon Maaf… Akui Isu Dengan Wartawan Satu Titik Hitam Paling Buruk Dalam Hidupnya

Setelah beberapa tahun berhadapan masalah dengan pihak wartawan, akhirnya penyanyi popular Shila Amzah telah tampil memohon maaf.

Menerusi temubual bersama Melodi yang disiarkan tadi, dia mahu agar semua isu yang timbul dahulu tidak berpanjangan.

“Saya tak nak berdendam dengan orang, kalau boleh dengan siapa-siapa yang terguris hati dan perasaan yang mungkin bermula daripada saya atau orang lain, saya mohon maaf.

“Saya harap ini tidak lagi berpanjangan, semua nak hidup tenang… tak nak hidup dalam dendam. Benda dah jadi, kalau boleh masa diputar semula saya tak nak lalui perkara ini. Ia merupakan satu titik hitam yang paling buruk dalam hidup saya,” jelasnya.

Beberapa tahun lalu, penyanyi berkenaan telah diboikot oleh pihak media lantaran tindakannya yang telah mengemukakan saman terhadap sebuah organisasi akhbar.

Pada masa sama, Shila juga meletakkan harapan agar dapat berbaik semula, malah dapat memaafkan dirinya meskipun enggan lagi berkawan dengan dirinya.

“Saya harapkan lepas ni kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Mungkin masa raya nanti, saya akan undang mereka (wartawan) ke rumah,” jelasnya.

Dalam pada itu, penyanyi itu mengakui segala keputusan yang dibuat, termasuk membabitkan kes mahkamah bukanlan terletak di tangannya.

Ujar Shila, hanya dalam tempoh tiga tahun ini sahaja dia baru mendapat kebebasan untuk membuat keputusan sendiri.

“Kalau boleh dibalikkan waktu saya takkan pergi sampai mahkamah. Saya takkan bazir duit dan masa. Saya dah belanjakan sejumlah wang yang saya boleh beli sebiji rumah dengan turun naik mahmakah.

“Setiap kali nak pergi ke mahkamah, saya rasa berat kaki ni. Kalau saya ada kebebasan ketika itu, akan ada ruang untuk saya jelaskan hal sebenar. Memang keputusan itu, bukan keputusan saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Shila Amzah Akhirnya Mohon Maaf… Akui Isu Dengan Wartawan Satu Titik Hitam Paling Buruk Dalam Hidupnya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.