Ads Top

Tidak Patuh Penjarakan Sosial, Individu Berpelukan Ketika AJL36 Dikenakan Kompaun RM1,000 Setiap Seorang

Polis telah mengesan tindakan sekumpulan individu yang telah berpelukan sewaktu diumumkan sebagai pemenang ketika Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).

Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof berkata, gambar semua individu terbabit dikesan polis selepas dimuat naik sebuah portal berita.

“Kesalahan itu dikesan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal seperti yang terkandung dalam arahan PPN Fasa Empat.

“Tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan),” katanya.

Menurut beliau, Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, semua individu terbabit sudah dipanggil bagi membantu siasatan atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.

Pada masa sama, beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang wabak Covid-19. – KopiPlanet.com

The post Tidak Patuh Penjarakan Sosial, Individu Berpelukan Ketika AJL36 Dikenakan Kompaun RM1,000 Setiap Seorang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.