Ads Top

Yayasan Maghfirah Sasar Agihan RM1.5 Juta Kepada Golongan Memerlukan Ketika Bulan Ramadan

Bulan Ramadan merupakan bulan pesta ibadah yang sememangnya sangat dinanti-nantikan bagi umat Islam di seluruh dunia.

Namun, sejak dua tahun kebelakangan ini, umat Islam berdepan cabaran pandemik Covid-19 yang menyaksikan perubahan pesta ibadah ini dilaksanakan dalam keadaan norma baharu.

Malah, akibat pandemik ini juga ramai rakyat Malaysia yang terkesan dari sudut pekerjaan dan pendapatan. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, hasil tinjauan ke atas 168,000 responden, lebih separuh daripada mereka iaitu 52.6% sangat terkesan dengan pandemik Covid-19 (Berita Awani, 16
April 2020).

Insiden kemiskinan mutlak meningkat daripada 5.6 peratus pada 2019 kepada 8.4 peratus pada 2020 (Laporan Indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Malaysia, 2020).

Sehubungan itu, Yayasan Maghfirah telah melancarkan Kempen Raikan Ramadan dengan tema ‘Berkongsi Rezeki, Manisnya Memberi’.

Kempen Raikan Ramadan ini membuka ruang dan peluang kebaikan merebut keberkatan Ramadan kepada masyarakat Malaysia untuk berkongsi rezeki bersama keluarga asnaf dan golongan yang memerlukan di luar sana.

Pada Ramadan lalu, Yayasan Maghfirah telah berjaya mengagihkan bantuan ramadan sebanyak RM 1.2 juta kepada asnaf di 15 buah PPR sekitar lembah Klang.

Tidak ketinggalan agihan turut diberikan kepada pusat perlindungan dan kebajikan, para petugas barisan hadapan, rumah anak-anak yatim, pusat-pusat tahfiz dan lain-lain dengan anggaran lebih 35,000 orang penerima manfaat.

Untuk tahun ini pula, sasaran jumlah agihan sebanyak RM 1.5 juta bagi menyantuni lebih 40,000 orang penerima manfaat sepanjang bulan Ramadan, manakala dana agihan bantuan aka diteruskan bagi pada bulan-bulan berikutnya sepanjang tahun 2022.

Selain itu, agihan bantuan Ramadan pada tahun ini berkembang ke negara timur tengah (Mesir dan Lubnan). Pada masa, yayasan Maghfirah mensasarkan pengumpulan dana sebanyak RM 5 juta pada Ramadan tahun ini.

Yayasan Maghfirah mengambil inisiatif memperkenalkan lima pakej yang ditawarkan untuk Tuan/Puan bersama-sama kami menjayakan Kempen Raikan Ramadan ini iaitu Pakej Kongsi Rezeki, Pakej Infaq Quran, Pakej Ramadan Timur Tengah, Pakei 30 Hari 30 Sedekah dan Pakej Cabaran 1000 Bulan. – KopiPlanet.com

The post Yayasan Maghfirah Sasar Agihan RM1.5 Juta Kepada Golongan Memerlukan Ketika Bulan Ramadan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.