Ads Top

Akibat Kecuaian Doktor, Perut Seorang Lelaki Makin Membesar Lepas Jalani Pembedahan Apendiks

Gara-gara pihak hospital terlalu sibuk menguruskan pesakit Covid-19, maka berlaku kecuaian dalam satu pembedahan apendiks melibatkan seorang lelaki di London.

Lelaki yang dikenali dengan Gary Urien itu berdepan dengan kesukaran apabila perutnya semakin membesar seperti wanita hamil.

Semuanya bermula apabila kesan jahitan apendiks yang dilakukan oleh doktor tidak kemas dan kini dia diserang masalah angin pasang atau hernia pula.

Dedah isterinya, Julia, suaminya kini mengalami tekanan perasaan yang dahsyat kerana tidak boleh menjalani aktiviti harian kerana keadaan perutnya yang makin membesar.

“Semua ini berlaku setahun lalu apabila kakitangan hospital terlalu sibuk menangani pesakit Covid-19 sehingga leka dalam menjalankan pembedahan ke atas suami saya.

“Kini, Gary terpaksa menunggu mungkin sehingga lima tahun sebelum mendapat tarikh pembedahan baharu bagi membetulkan keadaan perutnya,” kata Julia.

Dalam pada itu, Yayasan Amanah Rotherham mengwgaskan yang keadaan semasa membuatkan mereka berhemah dalam membantu pesakit.

Ia sedikit sebanyak menjejaskan peruntukan pembedahan bukan kecemasan memanjangkan perlu dibelanjakan untuk rawatan Covid-19.

The post Akibat Kecuaian Doktor, Perut Seorang Lelaki Makin Membesar Lepas Jalani Pembedahan Apendiks appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.