Ads Top

Sharnaaz Ahmad Bersikap Terbuka Ada Peminat Doakan Dirinya Kembali Bersama Dengan Shila Amzah

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad mengambil pendekatan bersikap terbuka apabila ada netizen yang mendoakannya untuk kembali bersama dengan Shila Amzah.

Sharnaaz berkata, dia sendiri sememangnya tidak mampu menghalang untuk setiap doa peminat yang menjurus ke arah kebaikan.

“Orang mendoakan perkara yang baik, jadi saya terima sahaja dan berterima kasih. Apapun, akhirnya nanti semua Allah yang tentukan. Saya pun lebih bersikap terbuka mengenai perkara ini.

“Kita sendiri pun tak boleh nak ramal apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Kalau ada tu adalah… kalau tak ada nak buat macam mana,” ujarnya.

Pelakon berkenaan berkata demikian ketika ditemui semasa majlis yang berlangsung di Restoran Cili Kampung malam tadi.

Baru-baru ini, pelakon berkenaan mencuri perhatian ramai apabila memberikan sokongan kepada Shila sewaktu Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) sehingga ada yang mendoakan mereka kembali bersama.

Pada masa sama, Sharnaaz juga mengakui dia dan Shila masing-masing ada berhubung antara satu sama lain setelah penyanyi itu bercerai dengan suaminya.

“Memang kami ada berhubung sejak dia bercerai memandangkan kami melalui fasa yang sama iaitu penceraian, malah selama ini kami tidak pernah bermusuh.

“Apabila berhubung itu dia nak dapatkan pandangan dan saya kongsikan pengalaman saya sewaktu gagal dalam alam perkahwinan dahulu,” ujarnya.

Sebelum ini, Sharnaaz dan Shila pernah menjalinkan hubungan cinta, namun ikatan percintaan itu telah berakhir pada tahun 2013. – KopiPlanet.com

The post Sharnaaz Ahmad Bersikap Terbuka Ada Peminat Doakan Dirinya Kembali Bersama Dengan Shila Amzah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.