Ads Top

Diva AA Tuntut Bayaran Daripada Awesome TV, Akan Pastikan Ia Jadi Kes Polis Sekiranya Tidak Diselesaikan

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih sinomim dengan panggilan Diva AA menuntut bayaran daripada pihak Awesome TV.

Dalam satu kenyataan yang dibuat di akaun Instagram @divaaavazztersohor1, pengacara itu akan membawa Perkara berkenaan kepada polis jika tidak diselesaikan.

“Saya berjanji hidup mati saya no more Awesome TV selagi masih ada pengurusan itu. Sudahlah bayar ciput, liat no more Awesome TV in the rest of my life.

“Kalau tak bayar dalam masa tertentu, ia akan jadi kes polis,” tegasnya.

Semalam, pihak pengurusan Awesome TV membuat keputusan drastik apabila menggugurkan namanya daripada menjadi pengacara MIC ON!.

Dalam pada itu, Diva AA turut menyatakan dia berada pihak yang benar dan menganggap buruk padahnya apabila menganiaya anak yatim sepertinya.

“Dengan tindakan mereka itu, besar hama saya tak hairan dan pandang pun kerana saya percaya dengan rezeki. Sya di pihak yang benar dan kifarah akan menyusul.

“Jangan sesekali menganiaya anak yatim piatu seperti saya, buruk padahnya!” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Diva AA Tuntut Bayaran Daripada Awesome TV, Akan Pastikan Ia Jadi Kes Polis Sekiranya Tidak Diselesaikan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.