Ads Top

Berkahwin Dengan Lelaki Nigeria, Vicha Kesal Suaminya Dituduh Seorang Scammer

Pelawak popular, Vicha meluahkan rasa kesalnya apabila suaminya yang berasal dari Nigeria dituduh sebagai seorang scammer.

Vicha berkata, dia dan suaminya mula ‘diserang’ netizen setelah terdapat sebuah artikel yang disiarkan sebuah portal sehingga ada netizen yang menghalaunya pulang ke Indonesia.

“Ketika itu saya menangis apabila ada tuduhan yang mengatakan suami saya seorang scammer sehingga saya terfikir apa salah suami. Sedangkan ramai ahli keluarga suami bekerja sebagai anggota polis.

“Apa yang membuat saya lebih terkilan, ada yang mesej kata saya tak sedar diri. Fitnah-fitnah sebegini yang buatkan saya tak nak dedahkan suami saya sejak awal,” ujarnya.

Baru-baru ini, Vicha mendedahkan sudah berkahwin kali kedua dengan lelaki yang mahu dikenali sebagai Johnson pada Ogos 2018.

Menerusi perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Michael Trevor Ayomide yang berusia dua tahun.

Dalam pada itu, pelawak kelahiran Indonesia itu menafikan dirinya menuduh lelaki Melayu penipu, sebaliknya menegaskan dirinya tidak ada jodoh bercinta dengan lelaki Melayu.

Ujarnya, sebelum berumah tangga dengan suaminya sekarang, dia pernah lima kali menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Melayu yang akhirnya menemui kegagalan.

“Rasanya saya tidak pernah cakap lelaki Melayu penipu atau tidak bagus, malah saya sayangkan Malaysia dan selesa di negara ini.

“Cuma sudah lima kali saya bercinta dengan lelaki Melayu, tetapi saya ditipu dan disangka berduit. Rupa-rupanya masing-masing susah dan terus menghilangkan diri tanpa khabar berita,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Berkahwin Dengan Lelaki Nigeria, Vicha Kesal Suaminya Dituduh Seorang Scammer appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.