Ads Top

Lelaki Ditahan Polis Setelah Jual Kekasih Untuk Jadi Pemuas Nafsu Menerusi Aplikasi MiChat

Seorang lelaki ditahan pihak polis di Pontianak, Indonesia apabila menjual kekasihnya menerusi satu aplikasi baru-baru ini.

Tindakan kejam yang dilakukan oleh disuspek yang dikenali dengan nama Ad disifatkan tidak berhati perut kerana sanggup melalakukan sedemikian rupa.

Menurut laporan media tempatan, Ad dipercayai mengiklankan kekasihnya itu untuk dijadikan pemuas nafsu bagi mana-mana lelaki yang berminat.

Malah dia juga meletakkan harga sebanyak 300,000 Rupiah (kira-kira RM90) sahaja. Kejam!

Menurut pihak polis, suspek mula menjual kekasihnya sejak Jumaat yang lalu dan tindakan terkutuk tersebut bukan kali pertama yang dilakukan oleh suspek demi meraih wang dengan cara yang begitu senang.

Dia menggunakan beberapa identiti yang berbeza di laman tersebut bagi mencari pelanggan dan telah menetapkan harga 300,000 Rupiah sehingga 500,000 Rupiah untuk mangsanya dipercayai bekas kekasihnya sebelum ini.

“Tak hanya sekali, AD ini kerap menjual kekasih sendiri dengan membuat beberapa akaun Michat berbeza dan menerima wang. Dia juga menyediakan tempat terletak di sebuah pondok,” kata pihak polis.

Selain menangkap si pelaku, polis juga menyita beberapa barang bukti termasuklah dia telefon bimbit untuk tindakan lanjut. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Suara Kalbar

The post Lelaki Ditahan Polis Setelah Jual Kekasih Untuk Jadi Pemuas Nafsu Menerusi Aplikasi MiChat appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.