Ads Top

Awesome TV Tegaskan Sudah Lunaskan Bayaran Penuh Kepada Diva AA

Pihak Awesome TV menafikan sekeras-kerasnya apabila didakwa masih tidak melunaskan bayaran kepada Azwan Ali atau Diva AA.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, pihaknya telah melunaskan bayaran sebelum pengacara itu digugurkan dan memandang serius akan pertuduhan tersebut.

“Pembayaran penuh untuk 10 minggu telah dibuat pada hari yang sama beliau digugurkan iaitu pada 8 Mac lalu walaupun dia cuma melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh 6 minggu sahaja. Surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat beliau juga telah dikeluarkan pada hari yang sama.

“Kami beranggapan isu bayaran untuk program MIC ON! sudah selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. Fokus utama kami sekarang adalah untuk menghabiskan program MIC ON! yang masih berbaki empat minggu lagi,” katanya.

Sebelum ini, Diva AA telah mengeluarkan kenyataan balas selepas dirinya digugurkan daripada menjadi pengacara program tersebut dengan mendakwa yang stesen televisyen itu masih melunaskan pembayaran terhadapnya.

Selain itu, dia menegaskan dirinya berada di pihak yang benar dan menganggap buruk padahnya apabila menganiaya anak yatim sepertinya.

Pada masa sama, Adam menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar etika kerja terutamanya yang melibatkan program-program terbitan pihaknya kerana mereka seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab yang datang bersama dengan lantikan mereka.

Ujarnya, pihak produksi juga turut merancang membawa masuk khidmat hos jemputan untuk digandingkan bersama hos sedia ada, Issey Fazlisham, bagi memeriahkan lagi konsert mingguan MIC ON! – KopiPlanet.com

The post Awesome TV Tegaskan Sudah Lunaskan Bayaran Penuh Kepada Diva AA appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.