Ads Top

“Selepas Bercerai, Iddah Pun Belum Habis Lagi” – Shila Amzah Mohon Diberi Ruang

Penyanyi popular, Shila Amzah memohon diberi ruang untuk dirinya untuk lebih fokus setelah memenangi Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) bersama SOG menerusi lagu Pelukan Angkasa.

Mengakui dirinya cepat terguris dan tersinggung dengan perkara-perkara negatif, Shila mengakui kini dia lebih terbuka.

“Di kala muda, Sha selalu akan cepat terguris dengan negativity.. Benda yang orang cakap, Benda yang orang tulis..
Apa sahaja lah yang berbaur negatif, sha akan sangat cepat tersinggung..

“But as the year goes by, I realised that ,it was the stupidest thing to do sebab people will keep the receipt, it will eventually hit you back harder even though you are not at fault.

“Sha okay je tau.. Tapi if kalian okay with me, please bagi sha ruang..Selepas bercerai, Iddah pun belum habis lagi.. This is the first time I get to, focus on me..,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan mencuri perhatian apabila pelakon Sharnaaz Ahmad memberi kata-kata semangat buat dirinya ketika AJL 36 tempoh hari sehingga ada yang mendoakan agar mereka kembali bersama.

Malah, Sharnaaz juga mengakui saling berhubung dengan Shila sejak penyanyi tersebut bercerai dan tidak kisah kalau ada netizen yang mendoakan mereka.

Shila berkata, perkara paling utama yang dilakukannya sekarang ini adalah mahu menjadi seorang ibu yang baik untuk anakya iaitu Seth.

Jelasnya, buat masa ini dia belum bersedia lagi untuk memulai sebarang hubungannya dengan sesiapa dan mengakui masih belum sembuh setelah apa yang terjadi.

“Seumur hidup memang I always give myself away to people. Sha sedang menikmati #AJL36 , in sha Allah akan ada lebih lagi. Sebagai seorang wanita, sha bersyukur atas segala doa yang baik2. Kesediaan utk memulai apa pun dengan siapa pun.. memang jauh lagi dan tiada…

“Sha masih belum sembuh , fokus sha satu-satunya adalah utk menjadi ibu yang terbaik utk Seth dan segala yang lain bukan lah priority untuk sha. Sayang korang semua , thank you Sebab banyak bagi kata2 semangat di comment Dan DM,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Selepas Bercerai, Iddah Pun Belum Habis Lagi” – Shila Amzah Mohon Diberi Ruang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.