Ads Top

Lelaki Terima Jantung Babi Disahkan Meninggal Dunia, Hanya Mampu Bertahan Hidup Dua Bulan Sahaja

Pernah menggemparkan dunia apabila menerima jantung babi sebelum ini, seorang lelaki warga Amerika Syarikat akhirnya meninggal dunia pada Selasa.

Menghidap penyakit jantung, dia menerima jantung haiwan berkenaan yanh diubah suai secara genetik yang dilakukan oleh sejumlah pakar perubahan.

David Bennet, 57, menjalani pemindahan jantung tersebut pada 7 Januari lalu dan berita tentang kejayaan tersebut mengejutkan dunia secara amnya.

Namun kesihatannya mulai merosot sejak beberapa hari lalu dan tanda-tanda jelas menunjukkan bahawa Bennet tidak akan pulih.

Difahamkan, dia sempat menghubungi ahli keluarganya pada detik-detik terakhir sebelum kematiannya.

Prosedur pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.

Pembedahan tersebut yang dijalankan oleh pasukan perubatan di Universiti Perubatan Maryland adalah yang pertama kali dilakukan menggunakan kaedah pemindahan jantung babi kepada manusia.

Ia sekali gus merekodkan kejayaan pertama dalam bidang tersebut yang memungkinan pembedahan pemindahan organ kaedah baharu. – KopiPlanet.com

The post Lelaki Terima Jantung Babi Disahkan Meninggal Dunia, Hanya Mampu Bertahan Hidup Dua Bulan Sahaja appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.