Ads Top

Pokok Keladi Kena Curi, Wanita Buat Laporan Polis… Cap Jari Sudah Diambil Untuk Siasatan Lanjut

Seorang pengguna Facebook meluahkan kekecewaan apabila pokok keladi miliknya dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.

Kejadian yang berlaku di Machang, Kelantan itu dikongsikan sendiri oleh individu yang dikenali dengan nama Noor Suziela, menerusi grup kumpulan Warga Machang baru-baru ini.

Jelasnya, sembilan pokok keladi miliknya dicuri dan dia tampil ke balai polis membuat laporan susulan kehilangan pokok hiasan yang menjadi kegilaan ramai.

Menurut salinan laporan polis yang dibuat, kali terakhir Suziela melihat pokok-pokok tersebut dalam keadaan yang baik adalah dua malam yang lepas dan pada pagi semalam suaminya menemukan pokok-pokok tersebut telah dicuri.

Pencuri juga menggunakan cangkul milik mereka semasa proses ‘menculik’ pokok keladi berkenaan.

Menerusi kapsyen hantaran tersebut, Suziela menyatakan yang pihak berkuasa telahpun mengambil cap jari dari tempat kejadian agar kes tersebut dapat disiasat dengan lebih terperinci.

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan pengguna bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini dan mula sedar keladi antara tanaman hiasan ‘kayangan’.

“Bodoh manusia ni, siapa tak sakit hati. Kita beli mahal-mahal, mereka senang sahaja nak curi. Kalau nak tanam juga beli la sendiri,” kata pengguna dengan nama Samsiah.

“Nanti jangan lupa update cap jari tu, saja la nak tahu kes ni macam mana memandangkan ini kes berprofil tinggi,” usik seorang lagi pengguna lain.

“Aduh keladi pun nak curi ke? Mungkin dia tak mampu beli sampai sanggup mencuri. Berat la zaman sekarang ni,” kata Nurul Sueha pula.

Seperti mana yang diketahui, keladi merupakan antara tanaman ‘kayangan’ dan mampu mencecah ribuan ringgit untuk sepasu. – KopiPlanet.com

The post Pokok Keladi Kena Curi, Wanita Buat Laporan Polis… Cap Jari Sudah Diambil Untuk Siasatan Lanjut appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.