Ads Top

Pelik Tapi Benar… Seorang Gadis Terdesak Jual Bulu Di Tubuhnya, Siap Ada Pelanggan Sanggup Beli

Gadis yang berasal dari London ini tidak pernah malu untuk mendedahkan lebihan bulu yang berada pada tubuh badannya itu dan menganggap ia ‘tuah’ buat dirinya.

Dia tanpa segan silu sering mendedahkan gambar dan video beberapa bahagian tubuh yang berbulu termasuklah ketiak dan kaki kepada umum.

Pun begitu, pemuzik dan model ini sebenarnya menarik perhatian umum dek keunikan yang ada pada tubuhnya itu.

Dia yang terdesak mencari pendapatan ketika pandemik melanda dunia, ‘menjual’ dirinya untuk dijadikan konten di media sosial seterusnya menjana pendapatan.

Dakwa gadis itu, ada pelanggan yang tergamak membayar sejumlah wang untuk membeli bulu pada badannya selepas ia dipotong.

Walaupun ada yang geli melihat tubuh badan yang dipenuhi bulu persis lelaki, Camille tidak kisah dengan perkara berkenaan.

Dia tahu masih ada yang suka dengan keadaan tersebut terutama mereka yang suka berfantasi yang memberikan pulangan wang untuknya. Macam-macam hal…

The post Pelik Tapi Benar… Seorang Gadis Terdesak Jual Bulu Di Tubuhnya, Siap Ada Pelanggan Sanggup Beli appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.