Ads Top

Mahu Berlangsung Dalam Keadaan Selamat, AJL 36 Akan Terhad Kepada Kehadiran 200 Penonton Sahaja

Pengajuran acara Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) pada tahun ini menyaksikan kehadiran terhad kepada 200 orang penonton sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima dan PWS, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, Ià bagi memastikan acara pada tahun ini berlangsung dengan selamat dan lancar serta meriah.

“Kali ini kami membuat sedikit perubahan berbanding AJL35 yang lalu apabila berlangsung tanpa penonton. Untuk tahun ini, kita terpaksa mementaskan AJL dengan jumlah penonton terhad bagi memberikan kelebihan kepada finalis bertanding.

“Jadi untuk kali ini, kami benarkan kehadiran penonton, cuma dengan jumlah yang sangat terhad memandangkan kes jangkitan Covid-19 makin tinggi,” ujarnya.

Ujar beliau, pihaknya perlu membuat tindakan sedemikian kerana setiap peserta yang membuat persembahan perlu ada sokongan daripada kehadiran penonton.

Jelasnya, beliau juga menasihati agar peserta sentiasa menjaga kesihatan dan melindungi diri masing-masing supaya tidak dijangkiti Covid-19 dan boleh membuat persembahan.

“Pada tahun lalu memang rasa agak terkilan kerana AJL 35 tiada kehadiran penonton, sedangkan peserta perlukan ‘tenaga’ daripada penonton bagi memberi mereka semangat.

“Selain menghadkan kehadiran penonton kepada 200 orang sahaja, kami juga akan benarkan beberapa kelab peminat hadir,” ujarnya.

AJL 36 akan disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 6 Mac depan pada pukul 9.00 malam. – KopiPlanet.com

The post Mahu Berlangsung Dalam Keadaan Selamat, AJL 36 Akan Terhad Kepada Kehadiran 200 Penonton Sahaja appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.