Ads Top

Caprice Anggap Pertelingkahan Antara Mona Allen & Iqram Dinzly Hanya Sekadar Mahu Promosi Drama

Penyanyi popular Caprice menganggap pertelingkahan yang berlaku antara pelakon Mona Allen dan Iqram Dinzly ketika penggambaran hanya semata-mata mahu mempromosikan drama.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram miliknya, Caprice memberitahu apa yang dikatakan itu hanyalah sekadar pandangan peribadinya.

“Ramai tanya Caprice, ini adalah real atau fake. Ni pendapat peribadilah…

Kemungkinan pihak produksi dah rancang babak berkenaan untuk viral dan promosi drama tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini, viral sebuah video yang menujukkan rasa tidak puas hati Mona terhadap Iqram yang mencekiknya terlalu kuat ketika penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.

Pada masa sama, Caprice turut menyamakan perkara tersebut dengan situasi yang pernah berlaku antara Dato Seri Vida dan Iqbal Zulkifli.

“Sebab video itu (DSV & Iqbal) membuatkan ramai orang berdebat dan memperkatakan mengenainya. Apa yang saya jangkakan, video berkenaan (Mona & Iqram) adalah palsu,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Caprice Anggap Pertelingkahan Antara Mona Allen & Iqram Dinzly Hanya Sekadar Mahu Promosi Drama appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.