Ads Top

“Tempat Pertama Yang Saya Nak Pergi Adalah Mekah” – Bell Ngasri Mengalirkan Air Mata Dapat Tawaran Laksanakan Ibadah Umrah

Pelakon popular Bell Ngasri mengakui berasa amat gembira dan terharu apabila menerima tawaran untuk melaksanakan ibadah umrah pada bulan Ramadan ini.

Bell berkata, dia memang sudah lama berniat untuk pergi ke kota suci Mekah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Memang mengalir air mata apabila terima undangan ini sebab memang teringin sangat nak pergi. Sejak PKP dulu lagi hasrat nak pergi tunaikan umrah.

“Niat saya apabila dan boleh rentas negara, tempat pertama yang saya nak pergi adalah Mekah. Alhamdulillah, tiba-tiba dapat pula tawaran daripada syarikat Syabibah Travel & Tours.

Menceritakan lebih lanjut tentang tawaran berkenaan, Bell berkata ia bermula apabila dia terbabit dengan sebuah program bersama Faizal Ismail (FBI).

Ujarnya, FBI yang juga merangkap Pengurus Promosi bagi syarikat berkenaan lantas menawarkannya untuk mengerjakan ibadah umrah yang turut disertai beberapa artis lain.

“Pada masa itu saya dan FBI telah terbabit dengan sebuah program TV. Kemudian dia terus offer kepada saya dan pastinya ia peluang yang tidak boleh dilepaskan.

“Kali pertama saya pergi ke Mekah adalah pada tahun 2008 dan kali ini saya akan bawa isteri bersama-sama memandangkan dia kali pertama akan pergi,” ujarnya.

Selain Bell, beberapa artis lain yang terpilih untuk pergi mengerjakan ibadah umrah bersama syarikat berkenaan adalah Zulin Aziz dan Saharul Ridzwan. – KopiPlanet.com

The post “Tempat Pertama Yang Saya Nak Pergi Adalah Mekah” – Bell Ngasri Mengalirkan Air Mata Dapat Tawaran Laksanakan Ibadah Umrah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.