Ads Top

Elica Paujin Muncul Juara Big Stage 4, Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM100,000

Seperti dijangka, peserta Elica Paujin menepati ramalan ramai apabila berjaya dinobatkan sebagai juara Big Stage musim keempat malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Elica telah berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi setelah menewaskan empat pencabar lain.

Menerusi konsert akhir tersebut, Elica mendendangkan dua buah lagu iaitu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan duet bersama Hael Husaini menerusi lagu Believer.

Naib juara pula diraih Daniel Chuer dan dengan kemenangan itu Daniel berhasil membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Tempat ketiga menjadi milik Aisha Retno yang melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM25,000 beserta manakala tempat keempat dan kelima menjadi milik Yazmin Aziz dan Tegar Septian dengan masing-masing membawa pulang RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Program yang menggunakan tagline ‘Dominasi BBNU’ itu dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad.

Big Stage yang dipancarkan secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan disiarkan menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123). – KopiPlanet.com

The post Elica Paujin Muncul Juara Big Stage 4, Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM100,000 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.