Ads Top

“Cukuplah Berlakon Dekat Set Sahaja…” – Syafie Naswip Selar Sikap Pelakon Sengaja Buat ‘Drama’ Di Set Penggambaran Untuk Marketing

Pelakon popular, Syafie Naswip menyelar tindakan pelakon yang sengaja membuat ‘drama’ di set penggambaran semata-mata tujuan untuk marketing.

Dalam satu posting di Instagram, Syafie menyatakan apa yang lebih dikesalkan apabila pelakon yang berbuat sedemikian adalah individu yang sangat berbakat.

“Zaman sekarang nak lakukan drama kena up pergaduhan dekat set, kena buat live nangis-nangis mcm psycho. Lepas tu bila dikecam salahkan netizen.

“Dan jawapan takpa aku dapat pahala free. Lebih menyakitkan orang yang buat ini adalah orang-orang yang truly talented. Why arh?” luahnya.

Sebelum ini, viral kisah mengenai insiden pelakon Iqram Dinzly yang mencekik Mona Allen dengan kuat semasa penggambaran sebuah drama.

Bagaimanapun, baru-baru ini kedua-dua pelakon tersebut mengakui insiden yang berlaku itu sebenarnya telah dirancang untuk mempromosikan drama lakonan mereka itu.

Pada masa sama, Syafie menjelaskan bukanlah menjadi satu kesalahan untuk membuat marketing, tetapi biarlah lebih sihat dan bermaruah.

“Cukuplah berlakon dekat set sahaja,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Cukuplah Berlakon Dekat Set Sahaja…” – Syafie Naswip Selar Sikap Pelakon Sengaja Buat ‘Drama’ Di Set Penggambaran Untuk Marketing appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.