Ads Top

Lelaki Tolak Cinta Jiran Wanitanya, Buah Z@kar Miliknya Jadi Mangsa Penghinaan… Dikatakan Kecil & Berselulit

Seorang lelaki dari Kent, England membuatkan pendedahan mengejutkan apabila mengaku terang-terangan memiliki jiran dari neraka!

Semuanya bermula apabila dia sering kali menjadi penghinaan jiran perempuan yang pada awalnya menunjukkan minat untuk mendekatinya namun akhirnya membawa petaka.

Matthew Grist sudah bekeluarga dan memiliki tiga orang cahaya mata. Pada awalnya hubungan mereka baik-baik sahaja seperti kebanyakan jiran lain.

Dia juga pernah meminjamkan tukul kepada wanita berkenaan dan paling mengejutkan apabila dia muncul secara tiba-tiba di depan pintu dengan alasan mahu belajar bermain gitar.

Bagaimanapun, akhirnya hubungan tersebut renggang begitu sahaja.

Wanita itu berang dan menganggap cintanya ditolak dan sebelum itu dia juga pernah memuat naik status di Facebook memberikan gambaran meminati lelaki berkenaan.

Berang kerana cintanya ditolak, wanita itu didakwa mengamuk di hadapan rumah Matthew dan menggelarkannya dengan beberapa penghinaan seperti memiliki buah z@kar kecil, botak dan berselulit.

Paling menyakitkan hati apabila dia mendakwa Matthew tidak layak memiliki anak sehingga memaksa dia membuat laporan polis akibat berang dengan penghinaan tersebut.

Polis Kent berkata mereka sudah menerima laporan tersebut tetapi tiada tindakan diambil disebabkan kekurangan bukti. – KopiPlanet.com

The post Lelaki Tolak Cinta Jiran Wanitanya, Buah Z@kar Miliknya Jadi Mangsa Penghinaan… Dikatakan Kecil & Berselulit appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.