Ads Top

Zizan Razak Maklumkan Dia Ambil Keputusan Undur Diri Daripada Pelaburan Forex

Sebelum ini, pelawak popular Zizan Razak dilihat terbabit dengan pelaburan Forex serta giat mempromosikan pelaburan berkenaan di platform media sosialnya.

Namun begitu, menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya, Zizan memaklumkan dia pun sudah membuat keputusan untuk undur diri daripada Forex.

“Assalamualaikum semua. Harini Zizan telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu.

“Doakan yang baik baik untuk Zizan dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. Insya-Allah,” tulisnya.

Bagaimanapun, pelawak itu tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tentang keputusannya untuk menarik dari daripada pelaburan berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya memuji tindakan tersebut memandangkan terdapat hukum yang menyatakan ia adalah haram di sisi agama Islam. – KopiPlanet.com

The post Zizan Razak Maklumkan Dia Ambil Keputusan Undur Diri Daripada Pelaburan Forex appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.