Ads Top

Gara-gara Seluar Dalam, Seorang Suami Dituduh Bawa Perempuan Lain Ke Rumah

Lucu dan penuh mendebarkan, itu juga nasib yang dilalui oleh seorang lelaki gara-gara seluar dalam!

Dek kerana itu juga, dia terpaksa memujuk isterinya setelah dituduh membawa masuk perempuan lain ke dalam rumah mereka.

Kisah bermula apabila seorang lelaki yang dikenali dengan nama Aimzama mengangkat pakaian yang dijemur.

Dia yang tinggal dengan isterinya di rumah flat terlihat seluar dalam di tempat tersebut lalu membawanya masuk kerana menyangka ia kepunyaan isterinya.

Namun begitu, disebabkan seluar dalam itu isterinya menangis kerana menyangkakan dia ada membawa perempuan lain masuk ke rumah mereka.

Perkongsian yang dibuat menerusi Twitter itu tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna yanh lain.

Ada yang menganggap ini hanyalah salah faham dan tak kurang juga yang menyalahkan lelaki tersebut kerana tidak mengenali pakai dalam isteri sendiri.

Beberapa pengguna lain menganggap kejadian seluar dalam ‘hinggap’ ke rumah jiran memang biasa berlaku di kebanyakan rumah flat.

Lantaran itu, ada yang menasihati penduduk agar menyepit pakaian mereka untuk tidak terbang ke rumah orang lain terutama selepas angin kencang.

“Duduk rumah flat bagus sidai pakaian dalam, dalam rumah je,” tulis Aidil.

“Siapa suruh tak cam seluar dalam isteri sendiri. Mendapat la habuan,” tambah Azmira pula.

Ada juga ada yang berseloroh mengatakan mungkin selepas ini isteri boleh tulis nama pada pakaian dalam mereka supaya tidak lagi terjadi salah faham.

Menerusi perkongsian lain, masalah tersebut nampaknya sudah selesai apabila ada jiran lain mahu menjadi saksi kepada isu tersebut.

Gara-gara seluar dalam, lelaki ini bingung dituduh bawa perempuan lain ke rumah

Lucu dan penuh mendebarkan, itu juga nasib yang dilalui oleh seorang lelaki gara-gara seluar dalam!

Dek kerana itu juga, dia terpaksa memujuk isterinya setelah dituduh membawa masuk perempuan lain ke dalam rumah mereka.

Kisah bermula apabila seorang lelaki yang dikenali dengan nama Aimzama mengangkat pakaian yang dijemur.

Dia yang tinggal dengan isterinya di rumah flat terlihat seluar dalam di tempat tersebut lalu membawanya masuk kerana menyangka ia kepunyaan isterinya.

Namun begitu, disebabkan seluar dalam itu isterinya menangis kerana menyangkakan dia ada membawa perempuan lain masuk ke rumah mereka.

Perkongsian yang dibuat menerusi Twitter itu tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna yanh lain.

Ada yang menganggap ini hanyalah salah faham dan tak kurang juga yang menyalahkan lelaki tersebut kerana tidak mengenali pakai dalam isteri sendiri.

Beberapa pengguna lain menganggap kejadian seluar dalam ‘hinggap’ ke rumah jiran memang biasa berlaku di kebanyakan rumah flat.

Lantaran itu, ada yang menasihati penduduk agar menyepit pakaian mereka untuk tidak terbang ke rumah orang lain terutama selepas angin kencang.

“Duduk rumah flat bagus sidai pakaian dalam, dalam rumah je,” tulis Aidil.

“Siapa suruh tak cam seluar dalam isteri sendiri. Mendapat la habuan,” tambah Azmira pula.

Ada juga ada yang berseloroh mengatakan mungkin selepas ini isteri boleh tulis nama pada pakaian dalam mereka supaya tidak lagi terjadi salah faham.

Menerusi perkongsian lain, masalah tersebut nampaknya sudah selesai apabila ada jiran lain mahu menjadi saksi kepada isu tersebut. – KopiPlanet.com


The post Gara-gara Seluar Dalam, Seorang Suami Dituduh Bawa Perempuan Lain Ke Rumah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.