Ads Top

Dua Kanak-Kanak Mati Akibat Makan Sisa Dalam Tong Sampah, Jiran Dedah Sering Beri Makanan

Kelmarin heboh kisah dua kanak-kanak warga Myanmar yang meninggal dunia akibat makan sisa makanan yang dikutip dari tong sampah di Bukit Malut, Langkawi.

Kisah tersebut bukan sahaja diperkatakan umjm tetapi dalam masa yang sama mengundang kemarahan netizen yang menganggap penduduk di kawasan sekitar tidak peka dengan keadaan semasa.

Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan kepada penduduk tempatan yang menganggap perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

Menurut penduduk tempatan, kedua-dua kanak-kanak malang itu tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan seperti mana yang didakwa.

“Ayah mereka kerja sebagai pengawal keselamatan dan tukang memperbaiki bot, dia juga tangkap ketam. Kadang-kadang dia tinggal anak-anak di rumah jiran untuk jaga.

“Dapat hasil tu dia bagilah anak-anak dia makan… tapi kita (penduduk kampung) pun kesian juga kita pun tolong. Kita bagi sumbangan yang kita mampu.

“Kadang-kadang saya bagi beras, bagi susu, sini saya berniaga roti canai kadang saya kuih-kuih dan roti canai.

“Orang lain pun ada bagi makan sampai budak tu pun tak larat makan. Mereka cukup makan badan pun sihat,” jelas Paksu Kassim seperti dilaporkan Astro Awani.

Terdahulu kisah mereka tular apabila Nizambudin Jamaludin, 4, dan adiknya, Ngei, 2, dilaporkan meninggal dunia di rumah jiran berhampiran tong sampah berkenaan pada jam 5.40 petang pada Ahad.

Mayat dua kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar hari ini, bagi proses bedah siasat.

Pihak polis pula menahan bapa kanak-kanak berkenaan berusia 36 tahun dan mendapati ujian air kencingnya didapati positif dadah. – KopiPlanet.com

The post Dua Kanak-Kanak Mati Akibat Makan Sisa Dalam Tong Sampah, Jiran Dedah Sering Beri Makanan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.