Ads Top

Warga Emas Berusia 87 Tahun Dirogol, Keluarga Kecam Pihak Berkuasa

Menjijikkan! Itu gambaran sebenar yang patut diberikan kepada seorang lelaki yang tergamak merogol seorang warga emas yang berusia 87 tahun.

Kejadian yang berlaku di New Delhi, India baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan umum tetapi juga memberikan persepsi buruk kepada pihak berkuasa di sana.

Menurut laporan BBC, ketika kejadian wanita berkenaan sedang berada di katil sendirian di rumahnya dan seorang lelaki yang berusia 30 tahun yang tinggal berhampiran memecah masuk ke dalam rumah mangsa dan menyerangnya.

Mengikut laporan itu lagi, mangsa yang tinggal bersama anak perempuannya yang berusia 65, hanya bersendirian ketika kejadian berlaku.

Namun apabila melaporkan kejadian rogol berkenaan kepada pihak polis, lain pula jadinya. Keluarga mangsa menyalahkan polis kerana memfailkan kes berkenaan sebagai kesalahan mencuri dan bukannya merogol.

Memetik beberapa laporan media di sana, seorang ahli keluarga mangsa mendakwa polis menasihati mereka untuk tidak melaporkan kes rogol kerana akan membebankan tugas mereka.

Namun begitu, pihak polis pula menafikan dakwaan tersebut sehingga memaksa campur tangan daripada pihak lain.

Pertubuhan Wanita Kebangsaan di India kini memohon agar polis mengambil tindakan ke atas pegawai yang didakwa tidak menjalankan tugas. – KopiPlanet.com

The post Warga Emas Berusia 87 Tahun Dirogol, Keluarga Kecam Pihak Berkuasa appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.