Ads Top

“I Nak Memondan Hari-Hari Pun Mereka Tak Kacau” – Sajat Luah Rasa Gembira Dengan Kehidupan Di Australia

Usahawan kontroversi popular, Sajat meluahkan rasa gembira dengan kehidupan yang dilaluinya di Australia ketika ini.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Sajat menyatakan dia tidak kisah meskipun terpaksa membayar cukai sehingga 34 peratus.

“Bayar tax uolsss… cukup 6 bulan I dah boleh buat pinjaman AUD500,000 untuk perniagaan. Tax I bayar sebanyak 34 peratus uols rasa-rasa berapa banyaklah sales I kan.

“Yang penting negara ini terima I dan sayang I. I nak memondan hari-hari pun mereka tak kacau. Yang penting!!! tax bayar. I love you Australia,” ujarnya.

Sebelum ini, Sajat telah bertindak melarikan diri dari Malaysia setelah dikehendaki pihak berkuasa di negara ini disebabkan beberapa kes.

Usahawan itu dipercayai telah melarikan diri ke Bangkok, Thailand sebelum pergi ke Australia dan mengambil keputusan untuk menetap di negara berkenaan. – KopiPlanet.com

The post “I Nak Memondan Hari-Hari Pun Mereka Tak Kacau” – Sajat Luah Rasa Gembira Dengan Kehidupan Di Australia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.