Ads Top

Kek Pengantin Dihasilkan Terlalu Keras Macam Batu, Ramai Terhibur Aksi ‘Ketuk-Ketuk’

Tidak lengkap acara perkahwinan tanpa pemanis seperti kek yang pastinya dijadikan senarai utama.

Namun lain pula hal yang berlaku dalam sebuah majlis perkahwinan apabila kek yang sepatutnya ‘memaniskan’ acara terlalu keras sehingga sukar untuk dipotong.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok Fitri, kek yang cukup cantik itu rupa-rupanya menyimpan seribu satu cerita yang tidak diketahui umum.

Dia yang cuba memotong sendiri kek berkenaan pelik memandangkan salutan luar yang dipanggil fondant itu terlalu keras dan sukar untuk dipotong.

“Patutlah pengantin dahi berkerut masa potong. Nak suruh senyum pun muka pelik,” tulis Fitri menerusi kapsyen video tersebut.

Tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, dia memanggil kawan untuk memotong kek tersebut.

“Hampa buat kek agak-agak la. Nak potong pun tak boleh,” katanya dalam loghat Utara.

Meskipun menyangka kek berkenaan palsu namun ia sebenarnya ditempah dengan harga RM500 dan disifatkan cukup cantik.

Melihatkan beberapa komen lain, ada yang beranggapan perkara tersebut terjadi kerana beberapa faktor persekitaran yang akhirnya membuatkan lapisan fondant menjadi keras.

“Fondant tebal sangat kemudian aircond terlalu kuat. So, fondant akan jadi keras dan susah dipotong. Biasanya kena guna pisau keras untuk potong,” tulis pengguna dengan nama Jaqcass.

“Kalau guna fondant ready made selalunya tak keras macam ni. Kalau fondant home made memang boleh jadi keras sebab ada gelatin dan cmc yang buat dia keras,” kata Ruffy Cackey pula.

“Tak apa tak boleh makan asal masa bergambar lawa,” tulis Kim Jun pula. – KopiPlanet.com

@awieee97

Pengantin dahi bekerut ja masa potong😂😂 nak suruh senyum pon macam muka pelik ja😂😂

♬ original sound – Fitri_ – Fitri_

The post Kek Pengantin Dihasilkan Terlalu Keras Macam Batu, Ramai Terhibur Aksi ‘Ketuk-Ketuk’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.