Ads Top

Dinasihat Bercuti Selama Dua Bulan, Aaron Aziz Terpaksa Tolak Kerana Kesibukan Kerja… Kini Bergantung Pada Ubat Untuk Hilangkan Kesakitan

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz menyatakan dia terpaksa menolak cuti selama dua bulan seperti yang dinasihatkan oleh doktor.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Aaron menyatakan dia tidak dapat bercuti selama dua bulan kerana kesibukan kerja yang dilalui sekarang ini.

“90 minit dalam benda ni. Doktor cakap saya perlukan pembedahan dan perlu mengambil cuti selama dua bulan.

“Tapi tak voleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang,” ujarnya.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon kelahiran Singapura itu menunjukkan video dia sedang menjalani rawatan cervical spondylosis atau radang tulang leher.

Ujarnya, buat masa ini dia hanya bergantung kepada pengambilan ubat untuk menghilangkan kesakitan yang dilalui akibat penyakit berkenaan.

“Jadi, buat masa sekarang ini saya hanya mengambil ubat untuk hilangkan kesakitan… bekerja dalam kesakitan… hanya Allah yang tahu apa saya rasa.

“Korang tengok abang senyum sana ketawa sini but korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitkan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Dinasihat Bercuti Selama Dua Bulan, Aaron Aziz Terpaksa Tolak Kerana Kesibukan Kerja… Kini Bergantung Pada Ubat Untuk Hilangkan Kesakitan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.