Ads Top

“Nak Berhijrah Memang Mudah, Nak Istiqomah Tu Bukan Senang” – Fasha Sandha Akui Ada Hasrat Ingin Bertudung

Pelakon popular, Fasha Sandha mengakui sudah mempunyai keinginan untuk melakukan penghijrahan dengan tampil bertudung.

Fasha berkata, biarpun keinginan itu sudah ada, namun dia bimbang sekiranya sukar untuk kekal istiqomah dalam penghijrahan yang dilakukan.

“Setiap orang ada keinginan untuk berhijrah (bertudung) dan pada saya, biarlah ia dilakukan dari hati. Lagipun banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki.

“Nak berhijrah memang mudah, nak istiqomah tu bukan senang. Memang perkara sebegitu yang paling saya takuti terjadi ke atas diri saya,” jelasnya.

Fasha berkata demikian ketika ditemui semasa pelantikannya sebagai duta kempen produk telekung Bella Ammara untuk Ramadan & Syawal baru-baru ini.

Ujarnya, selain sokongan daripada suami, Fasha juga sangat menghargai setiap doa daripada peminat-peminat yang ingin melihatnya berhijrah.

“InsyaAllah… berkat saya jadi model telekung ini, secara slowly saya akan ke arah itu (bertudung). Keinginan itu sudah ada, cuma masa yang akan menentukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai pelantikannya sebagai duta produk telekung Bella Ammara, dia sendiri pada mulanya tidak percaya memandangkan dia bukanlah seorang artis bertudung.

Bagaimanapun, setelah diberi penjelasan dengan lebih terperinci oleh pengasas produk berkenaan, barulah ia terbuka hati menerimanya.

“Saya diberitahu yang mereka tidak kisah sama ada untuk memilih artis atau tidak. Lagipun telekung ini dipakai oleh semua wanita untuk melaksanakan solat.

“Selain itu, saya melihat Bella Ammara telah menghasilkan produk-produk yang berkualiti. Saya tidak akan bersetuju untuk jadi duta sesuatu produk itu kalau kualitinya tidak bagus,” jelasnya.

Sementara itu, pengasas produk Bella Ammara, Sharifah Nabilla Al-Yahya berkata, pemilihan Fasha Sandha sebagai duta kempen adalah pilihan daripada stokis dan ejen.

Ujar beliau, untuk kempen terbaharu sempena Ramadan dan Syawal ini, mereka memang merancang untuk memilih artis sebagai duta yang terdiri daripada pelakon dan penyanyi.

“Saya ada bertanya kepada ejen-ejen dan stokis-stokis Bella Ammara tentang siapa pelakon yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai duta.

“Ternyata rata-rata mereka memilih Fasha Sandha kerana dia merupakan seorang artis yang cukup popular dan disenangi ramai,” ujarnya.

Selain Fasha, seorang lagi artis yang telah dilantik sebagai duta adalah penyanyi popular, Zizi Kirana.

Untuk kempen kali ini, mereka mensasarkan jualan RM8,000,000 untuk keseluruhan 26,000 set telekung pada musim Ramadhan dan Syawal tahun ini melalui jualan ejen dan stokis.

Setiap koleksi berharga bermula dari RM259 sehingga RM349 untuk setiap set telekung yang dilengkapi dengan telekung cotton premium, sejadah, tote bag, bag kanvas dan kotak eksklusif. – KopiPlanet.com

The post “Nak Berhijrah Memang Mudah, Nak Istiqomah Tu Bukan Senang” – Fasha Sandha Akui Ada Hasrat Ingin Bertudung appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.