Ads Top

Konserta Todak Music & Friends Berlangsung Meriah Dengan Penampilan Barisan Penyanyi Popular Tanah Air

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semakin banyak showcase yang melibatkan penyanyi tanah air yang dianjurkan pelbagai pihak.

Tidak ketinggalan juga Todak Music yang buat julung kalinya melalui syarikat induknya, Todak Fusion Sdn Bhd menganjurkan sebuah konsert Todak Music & Friends pada 5 Februari lalu.

Bertemakan Revolusi industri muzik tanahair, showcase berkenaan disokong bleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui My Creative Ventures dan Penjana serta mendapat kepercayaan penaja
Profitto Business Solution Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksektif Todak Fusion Sdn. Bhd., Ikmal Fareeq yang juga bertindak sebagai Pengarah Persembahan bagi konsert Todak Music & Friends, berkata, pihaknya amat komited dalam membawa perubahan di dalam industri muzik tanah air.

“Setelah hampir 2 tahun industri muzik tanah air bergelut bagi meneruskan kelangsungan hidup berikutan wabak pandemik Covid-19, kini telah tiba masanya bagi semua pihak untuk bekerjasama bagi memeriahkan
kembali industri seni tanahair.

“Penganjuran konsert ini adalah salah satu langkah bagi member pendedahan semula kepada penggiat seni seperti tenaga kreatif, tenaga produksi, penerbit dan barisan artis sendiri dapat aktif berkarya dan berhubung semula bersama penoriton melalui garis panduan yang telah ditetapkan
oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” ujarnya.

Jelas beliau, penganjuran konsert berkenaan juga bagi memberi keseimbangan semula kepada penerbitan kandungan melalui platform digital dan juga melalui persembahan secara langsung dan sedikit sebanyak memberi nafas semula kepada ‘live events’.

“Sejajar dengan misi Todak Music, pada penganjuran konsert kali ini penonton telah dihidangkan dengan persembahan oleh barisan penyanyi popular tanah air.

Berlangsung selama dua jam di PJ PAC, Petaling Jaya, menonton telah dihiburkan dengan persembahan nyanyian menerusi segmen era muzik tanahair dan yang paling unik penonton menyaksikan kepelbagian genre muzik yang berbeza termasuk traditional.

Antara penyanyi-penyanyi yang tampil membuat persembahan seperti Shiha Zikir, Fadh Majid, Razak Abi, Dina Nasz, Kay Khydir, Gerhana Ska Cinta, Muzza, Bunga Isme & Luqman Podolski serta No Noise Percussion. – KopiPlanet.com

The post Konserta Todak Music & Friends Berlangsung Meriah Dengan Penampilan Barisan Penyanyi Popular Tanah Air appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.