Ads Top

Krisdayanti Kini Bergelar Nenek Setelah Anaknya Aurel Hermansyah Selamat Bersalin Cahaya Mata Perempuan

Penyanyi popular, Krisdayanti akhirnya kini bergelar seorang nenek apabila anak perempuannya, Aurel Hermansyah selamat bersalin anak sulung hari ini.

Berita kelahiran tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Krisdayanti menerusi satu posting di Instagram berserta beberapa keping gambar yang turut dimuat naik.

“Bismillahirahmanirahim ass wr wb Alhamdulillah Telah lahir cucu kesayangan kami. Cahaya sempurna bagi keluarga, berjenis kelamin perempuan, tanggal 22 februari 2022.. pukul 07,40 WIB. Bb 3,322 gram
panjang 48cm.

“Selamat kepada yg saya cintai suamiku,ananda Atta & aurel ,yg saya hormati bapak ibu Halilintar ,bapak ibu anang hermansyah-Ashanty dan seluruh keluarga yg berbahagia. Saya haturkan terimakasih yg teramat dalam atas segala perhatian dan doanya,” tulisnya pada posting berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminat penyanyi yang popular menerusi lagu Menghitung Hari itu menitipkan ucapan tahniah kepada atas kelahiran tersebut.

Aurel yang juga anak sulung kepada Krisdayanti dan Anang Hermansyah mendirikan rumah tangga dengan YouTuber popular Indonesia iaitu Atta Halilintar pada 3 April 2021. – KopiPlanet.com

The post Krisdayanti Kini Bergelar Nenek Setelah Anaknya Aurel Hermansyah Selamat Bersalin Cahaya Mata Perempuan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.