Ads Top

Julia Farhana Akui Keluarganya Bela Anjing, Sudah Dilatih Tidak Menjilat Dan Menyentuh Orang

ok Pelakon popular Julia Farhana Marin mengakui keluargnya memang ada membela seekor anjing yang diberi nama Julio.

Dalam satu perkongsian di Insta Story, Julia menyatakan keluarganya juga membela tujuh ekor kucing yang telah diselamatkan.

“Saya rasa ia sesuatu yang sensitif dan sebagai Muslim saya faham mereka (netizen) risau dengan isu terkena air liur atau tersentuh kerana basah.

“Namun ia bukanlah satu isu buat saya dan keluarga kerana Julio sudah dilatih. Dia takkan jilat atau sentuh kami. PA saya yang Muslim pakai tudung pun dia tak pernah sentuh sebab dia sendiri tahu yang dia tak boleh disentuh,” jelasnya.

Sebelum ini, perkongsian pelakon berkenaan bersama anjing belaannya itu di Insta Story menjadi bualan ramai dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Pada masa sama, pelakon itu menyatakan dia tidak suka berkongsi hal peribadi, malah tidak pernah berbuat sedemikian sebelum ini.

Bagaimanapun, Julia menyatakan yang dia ada beberapa kali membawa anjing belaannya itu keluar berjalan-jalan.

“Dia ada tempat dia kat luar (taman) yang mana ia bersambung dengan bilik saya. 

“Jadi dia memang standby tunggu depan pintu setiap pagi,” jelasnya. – Kopiplanet.com

The post Julia Farhana Akui Keluarganya Bela Anjing, Sudah Dilatih Tidak Menjilat Dan Menyentuh Orang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.