Ads Top

Rompak Bakal Jadi Super Telefilem Pertama Aplikasikan Penggunaan Teknologi NFT

Seiring dengan teknologi yang terus berkembang hari ini, penggunaan Non-Fungible Token (NFT) semakin diperkatakan ramai.

Terus hangat diperkatakan, NFT merupakan salah satu bentuk geran yang memberikan hak cipta terhadap aset secara digital.

NFT diterjemahkan sebagai aset digital yang berevolusi di dalam ekosistem blockchain Ethereum melalui kewujudan ‘Smart Contract’.

Setiap NFT juga dikenali sebagai aset yang tidak boleh ditukar ganti dan kebanyakan NFT mempunyai keunikan tersendiri yang serba sedikit akan menentukan harganya. Terdapat pelbagai jenis NFT yang antaranya berkait kepada lukisan, musik, animasi GIF, video, permainan video dan sebagainya.

Sehubungan itu, Intraday mengumumkan bakal menerbit sebuah super telefilem berjudul Rompak dan lebih menarik ia menjadi filem pertama di Asia Tenggara yang turut mengintegrasikan penggunaan NFT.

Berkisar tentang scammer, Rompak telah dibarisi beberapa pelakon popular tanah air seperti Zizan Razak, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, Siti Khadijah Halim dan MK K-Clique.

Filem berkenaan yang akan menjalani penggambaran dijangka akan ditayangkan di saluran Astro First pada bulan Jun 2022.

SINOPIS

Ashraf yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan Sofea, mempertaruhkan semua wang simpanannya dalam satu skim pelaburan cepat kaya tanpa mengetahui ianya merupakan satu skim penipuan.

Setelah menyedari beliau ditipu, Ashraf mula mencari ketua sindiket ‘scam’ dan dipertemukan dengan mangsa-mangsa penipuan yang lain iaitu Daniel, Sarah, Mat Yo dan Pakcik Kassim. Ashraf juga didatangi seorang gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Nadia dan mengakui pernah bekerja dengan Farouk, ketua sindiket ‘scam’.

Bermula misi ‘merompak’ Farouk dan ahli-ahli sindiket ‘scam’ yang dirancang oleh Nadia. Namun dalam keghairahan Ashraf dan rakan-rakan barunya melaksanakan misi-misi ‘merompak’ ini, tiada siapa menyangka rupanya ‘ada duri dalam daging’, yang bakal menghancurkan kepercayaan, persahabatan dan perancangan mereka ini. – KopiPlanet.com

The post Rompak Bakal Jadi Super Telefilem Pertama Aplikasikan Penggunaan Teknologi NFT appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.